THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

September 16, 2008

Renungkan...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya,
"Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati.
Kami saling melambai sambil berlalu pergi.
Tetapi di rumah lain pula ceritanya.
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda??.

Lewat petang ketika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.
Jerkahku,
"Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku.

Sedang aku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang.
Membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri,
tetapi jika ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
kan kau temui bunga-bungaan berterabur".
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu".
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil.
Berkata,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil.
Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?"

Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak.
Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang ungu"

"Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini.
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini"

Katanya,
"Oh ibu, itu tak mengapa.
Saya tetap sayang ibu melebihi segala"

Bisikku,
"Anakku, ibu pun sayang kamu.
Dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu"


FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

September 13, 2008

Special Dedication To My Mak

**my fren foward me this story.. juz read it k.. sedih glak2 eh**

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi shopping bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang penyabar. Walaupun demikian, saya dan ibu pergi juga ke shopping mall tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.
Akhirnya, pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu dalam fitting room. Saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan kerana itu dia tidak dapat melakukannya. Seketika tadinya rasa ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berpaling pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian itu begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya. Sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati.
Kemudian pada malam harinya, saya pergi ke kamar ibu. Saya mengambil tangannya lantas menciumnya... Dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak, tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tidak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan seorang Ibu...

~With Love to My Mother~

[mak.. azie rindu mak!!!]

September 8, 2008

When I Miss Someone...

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah,
betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah....

Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai & sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Saudara, Sahabat,
Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui
wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata...
"betapa lelahnya.. penatnya.. letihnya aku hari ini"
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah?
Tak lain adalah KITA.....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah.
Isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, abang, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok...
mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya.....

September 4, 2008

~happy today bday, belated bday & advance bday~

happy bday 2 u,
happy bday 2 u,
happy bday 2 THREE of u,
happy bday 2 u....


happy 24th bday 2 my big-big bro
~abg AIDIL AZLAN BIN MOHAMAD YANSIN~
(04092008)
**knak ejaan nama ayah xsama owh.. saya double M bh**thinking~
besar sudah dia ma~.. blh kawin sdh.. bila lagi.. jgn lupa akan saya k...
hehehehe....

tgk muka dia.. mana tidak saya punya lilsayzie takut wo~..
(bum2 wawa x cantek!! ~ bunyi bising gilak!!)

n oso not fogetting my dear kazen
~SOFIATUL EZZA BTE MALUDIN~

happy belated 20th bday kazen!!
(02092008)
see her bulat2 face.. sooo kiut kn.. but sorry..
die tunangan org!!...
hahahaha....
take care k kazen.. peduli wat people 1 2 talk about u..
bkn kita da ngaco khidupan cdak pun nak...
juz b ur self n b confident!!
aite.. chaiyok2!!!!...

*me & kazen ezza & big bro edel*
this pic me grab from my kazen ~ezza~ fs.. 2005 pun raya.. this time lilsayzie 4/5 month ody..
me look like slim ckit bh.. hahahha... pantang 3 bln eh.. ya lh hasil nya..
p knek tok jd belon blt... huhuhuhu...
~POSA2.. DIET2~
soooo RRIINNDDUU with all my kazen mazen.. mish my kampong tebuan, mish my nenek sayang & nenek paet, mish my wa cooking & of koz mish MY MAK soooo much....
takpe.. 29/09/08 comfirm balit kuch dh. confirm 2 mggu cuti...
~YAHOOOOOO!!!~

n oso 2 my best fren
~NORHAFIZAH BINTI MORSHIDI~
happy advance 21st bday best fren
(06.09.2008)
haaa... tis 1 terang2 cannot kaco ody.. MARRIED!!
**sorry xdtg time kawen umah ktk**
dgn ucapan: bila mok ada anak lh.. btelo kmk nggu..
mok juak ngga kaler apa yg kuar lak..

puteh ka, itam ka or paling x belang2 ka...
hahahah..
boh maah bang pedoz.....

SO ALL OF THEM:
SEMOGA PANJANG UMO , MURAH REZEKI , HIDUP DGN AMAN & DAMAI
NOK BLM KAWEN YA, CPT2 LH KAWEN K
NOK TUNANGAN ORG YA, JAGA DIRIK BGS2
N NOK DH KAWEN YA, PLH GK ANAK NUN
HAHAHAHAH......


[dh lh.. pnjg ali jak post.. ali pun x pnjg kdak tok.]
[mentang2 lmk xda update blog]
[~mish my dy2~]